BLOG INI MELAYARI ALAM SIBER 10-02-2010

EMAIL KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN SUBMIT ARTIKEL TUAN KE DDAMAI69@YAHOO.COM TQ

Jumat, 11 Februari 2011

ZAMBRY GUNA KHIDMAT ALAM LAIN BENARKAH BEGITU!!!BACALAH

dibawah ini gambar pisang raja.. bukan sebarang pisang bro..masakan ia bergelar raja jika ia hanya pisang yang tak bermakna.




dalam dunia mistik melayu ada berbagai pisang yang digunakan untuk kegunaan misti, baik ia berupa perubatan atau berupa kekayaan dan kedudukan.

pisang awak yang berbatang hijau digunakan untuk mereka yang sakit tulang atau lutut.. sementara pisang emas untuk kerezekian kemudahan dan kekayaan sementara pisang raja digunakan untuk kemenangan dan kedudukan.

nak jika begitu habar dibawah ini jika benar adakah amnow dalam menuju kemenangan mereka dalam mahkamah menggunakan juga hidmat alam lain?

dibawah ini saya kopy paste kan dari blog leecopperten.blogspot.com
apapun ia hanya persepsi sila nilai dulu dan janganterus menghukum



Zamry Kenduri Pisang
Tadi kawan aku beli goreng pisang di sebuah gerai (biasalah Melayu berniaga di gerai aje!!!). Dia minta goreng pisang kegemarannya.

Kakak jual goreng pisang bagitau kawan aku, pisang jenis itu hari ni dan mungkin dalam minggu ni tiada dalam pasaran. Menurutnya Zamry telah arahkan kuncu-kuncunya cari dan beli dalam serata negeri untuk dibuat kenduri pisang.

Pisang-pisang ini akan dihantar ke masjid-masjid dan surau seluruh Perak kerana semasa semahyang hajat tempohari Zamry memang berniat untuk buat kenduri pisang yang special. Manakala 5 tandan di hantar ke Masjid Maqbul Sungai Pinang, di Penang (tempat Mamak bayar niat).

Pisangnya bukan pisang yang biasa dihantar ke masjid-masjid pada hari Jumaat iaitu Pisang Emas, Pisang Montel, Pisang Rastali dan Pisang Berangan.

Tapi Zamry pilih PISANG RAJA.






Rabu, 24 Maret 2010

KATAK SEMAKIN MAHAL:UNTUK KUAT MINUM JUS KATAK ALA PAK JI SUNG

PARK Ji Sung adalah seorang budak yang meminum jus katak busuk panas sebelum menjadi seorang lelaki dewasa.

pix_middle
Idola Korea Selatan itu - wira pada perlawanan Ahad lalu di Old Trafford - dianggap terlalu lembik untuk bermain dalam sukan bola sepak yang dicintainya.


Namun ibu bapanya memiliki idea lain.


Itulah sebabnya bapanya pergi ke ladang katak, ibunya pula memasak jus itu manakala anaknya terkial-kial ketika meminumnya, selepas diberitahu nutrien itu boleh membantunya membesar.


Pemain tengah Manchester United berusia 29 tahun itu mendedahkan: "Mereka kata ia bagus buat saya untuk menjadi lebih kuat dan saya mengambil apa saja yang mampu meningkatkan ketahanan saya." Malah bapanya bekerja di kedai penyembelihan daging jadi dia dapat potongan daging terbaik untuk membesarkan anak lelakinya dengan jus katak sebagai makanan kedua.


Persembahan Ji Sung buat kelab dan negaranya jelas tidak menghampakan ketika dia diberi jolokan di negaranya sebagai 'Park yang mempunyai tiga paru-paru

'.


Kerja kerasnya yang tidak mengerti makna penat membuatkannya tampak menyerlah. Lagipun dia memiliki kebijaksanaan berada di posisi tepat sekali gus dihargai oleh rakan sepasukannya.


Pemain pertahanan Patrice Evra berkata: "Saya tidak pernah melihat seorang pemain yang sebijak sepertinya. Saya beritahunya supaya merakamkan permainannya dalam video kerana pergerakannya amat bagus jadi pedoman buat pemain muda. Park buktikan ia adalah mengenai pasukan, bukannya individu." Tindakan tidak mementingkan diri dianugerahkan dengan gol kemenangan dramatik ke atas Liverpool Ahad lalu. Ji Sung berkata: "Untuk menjaringkan gol dalam satu perlawanan besar adalah satu perasaan yang fantastik. Melakukannya di depan Stretford End amat menakjubkan." Gol Ji Sung meletakkan United kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL).


"Ada tujuh lagi perlawanan liga tinggal dan jika kami memenangi semuanya maka kami akan memenangi kejuaraan.


"Jadi kami perlu memberikan tumpuan dan mengekalkan tahap persembahan ketika ini.


"Kami tidak perlu bimbang mengenai Arsenal atau Chelsea, kerana jika kami memenangi perlawanan kami, kami akan muncul juara." Ji Sung bergelut dengan pelbagai rintangan sebelum menjadi ketua pasukan Korea Selatan dan pemain paling dipuja di negara itu. Dia pernah ditolak oleh pasukan kolej ketika remaja sebelum bermain buat pasukan Universiti Myongi.


Dia terpaksa berhijrah ke divisyen dua Jepun untuk mendapat peluang bermain bola sepak profesional dengan Kyoto Purple Sanga.


Ji Sung mula mencuri tumpuan pada Piala Dunia 2002 sebagai sebahagian daripada anggota pasukan Korea Selatan yang mara hingga ke separuh akhir.


Pengurus mereka Guus Hiddink membawa Ji Sung bersamanya ke Belanda apabila beliau mengambil alih tampuk pengurusan di PSV Eindhoven.


Namun peminat PSV mengejeknya, percaya bahawa dia tidak cukup bagus - memaksa Ji Sung mengakui ketika itu bahawa dia 'bencikan bola sepak'.


Namun persembahan hebatnya pada separuh akhir Liga Juara-Juara menentang AC Milan pada 2005 meyakinkan pengurus United, Alex Ferguson untuk membelinya dengan tanda harga £4 juta (RM19.98 juta)

Jumat, 26 Februari 2010

UMNO BN AKAN KALAH PADA PRU AKAN DATANG: KU LI

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kuasa jika tiada reformasi yang konkrit diperkenalkan.

“Ingat kata-kata saya ini. Jika UBN tidak berubah dalam tempoh tiga tahun ini, mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang."

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, pada PRU 2008 .. BN dapat mengekalkan kuasa kerana sokongan kerusi di Sabah dan Sarawak, namun BN pastinnya tidak akan selamanya terus mendapat sokongan Anggota Parlimen di Malaysia Timur itu.

“Kita sekarang bergantung pada mereka? Mengapa mereka mesti terus menyokong kita," katanya sambil menegaskan: "tunggu dan lihat".

Di samping menghadapi masalah mengekalkan sokongan Melayu, UBN juga berhadapan dengan sokongan undi Cina
http://perakite.blogspot.com/2010/02/akan-akan-kalah-pada-pru-akan-datang-ku.html
 
About Me | Author Contact | Template Basic On Friendster | Powered By Blogspot | © Copyright  2010