BLOG INI MELAYARI ALAM SIBER 10-02-2010

EMAIL KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN SUBMIT ARTIKEL TUAN KE DDAMAI69@YAHOO.COM TQ

Minggu, 14 Februari 2010

ADUKATARUNA BEDAL MISBAHUL MUNIR

Biar Hadi lembab 2 jam, asalkan panglima perang adalah ulama.

Biar lembab, asalkan panglima perang adalah ulama. Biar kalah, asalkan ketua perang adalah ulama. Ni bidaah sesat mana yang ahli kitab bawa ni?



Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Jangan salahkan ahli PAS biadap la. Salahkan diri sendiri mengapa pada kemuncak 2009, ahli PAS sudah hilang sabar? Kalau gua sorang2 yang kritik kira ok lagi la. Kini sudah semakin ramai. Sudah sampai ditentang oleh ahli sendiri. Sudah ditentang oleh cendekiawan (Prof).

Dihujung karier Paklah, seluruh bidang kelilmuan dari prof universiti, ahli sendiri, peguam menentang Paklah. Masih sindrom nafi? Jangan salahkan orang dan akar umni la bhai..


Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Kalau ikut peratus, kelewatan Hadi boleh dimaafkan. Gua takda hal punya. Kalau dari 1000 program, hanya sekali terlewat itu biasa. Manusia ma... lain kali sebut insyaallah la kan..

Dan kesediaan Hadi untuk memberi tarikh lain juga gua puji. Yang bagus, tetap bagus. Yang salah tetap salah. Cuma gua nak bertanya, adakah Hadi sudah memohon maaf pada peringkat ini di atas kegagalan dia untuk menepati janji? Siyes gua cakap, gua kurang suka Mat Rempit ego; tapi gua PALING tidak suka ulama ego dan perasan dewa-dewi kayangan.

Gua ulang balik point gua untuk perenggan ini.

1. Sudahkah Hadi memohon maaf kepada penganjur dan kepada hadirin pada peringkat ini?

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.
Ni gua dah start nak maki-hamun dah ni. Tapi teringat plak janji kaizen. Sekali silap dah la. Kalau 2 kali berturut-turut bukan nama silap, tapi namanya bodoh. Kalau takut berhadapan dengan ahli PAS Shah Alam cakap terus-terang. Gua susah sikit nak dikencing macam jemaah Rusila bhai...

Cakap ajer la lu sengaja delaykan masa supaya ahli PAS Shah Alam separuh sudah pulang. Cakap sahajalah lu sengaja delaykan masa supaya semangat ahli PAS Shah Alam down.
So, gua ulang balik persoalan gua pada peringkat ini.

1. Sudahkah Hadi memohon maaf kepada penganjur dan kepada hadirin pada peringkat ini?

2. Kenapa tiada penjelasan rasmi terhadap kekeliruan ini? Sampai Misbah pulak kena kol tanya. Takan tak tahu benda ni kalau tidak dijelaskan boleh damagekan party kot? Siapa lembab? Hadi atau Shamsuri? Mahdhuri Dexit lu!

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

"Caner ni Ayah Chik? Ahli PAS Shah Alam plak sanggup tunggu. Aduss... mati kita."

"Takper.. ada kaedah fiqh yang boleh bohong sunat. Kita delaykan sekali lagi."

"Caner?"

"Kita cakap kita tunggu kat Sungai Besi."

"Pastu?"

"Pastu kita cakap dia silap dengar. Kita suruh tunggu kat Jambatan Besi Batu Kikir. Bukan Sungai Besi."

"Hahaha.. geliga siott." adukataruna.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 
About Me | Author Contact | Template Basic On Friendster | Powered By Blogspot | © Copyright  2010